Monday, September 9, 2013 @ 1:29 PM | 0 Comment [s]
Ramai yang mengetahui kerajaan menggunakan
setiap subsidi untuk mengawal harga minyak di Malaysia.di sini saya akan
lampirkan apa maksud sebenar Subsidi
Subsidi adalah wang yang di bayar oleh kerajaan
kepada pengeluar atau penjual sesuatu produk supaya harga runcit produk tersebut
adalah rendah berbanding kos sebenar atau di bawah harga pasaran.Subsidi
merupakan bantuan untuk meringkan beban penguna terutamanya kumpulan sasar yang
berpendapatan rendah.TETAPI SUBSIDI JUGA MEMPUNYAI KESAN YANG AMAT NEGATIF
SEKALI.
1 -Wujudnya penyelewengan dan penipuan oleh
pihak yg tidak bertangungjawab yang cuba mengaut keuntungan mudah dengan
penipuan menjual semula hasil barangan subsidi kepada harga barangan bukan
subsidi..spt diesel
2 -Meningkatnya penyeludupan barangan kawalan
subsidi keluar sempadan negara seperti Thailand dan Indonesia yang tidak
melaksanakan plan subsidi barangan kawalan kepada rakyat mereka.
3 -Kos penguatkuasaan oleh kerajaan akan
memerlukan perbelanjaan tambahan.Ini bererti kerajaan perlu mengambil peruntukan
kewangan daripada projek-projek lain termasuk sekolah dan hospital serta
projek-projek infrastruktur awam yang lain bagi menampung peningkatan kos
penguatkuasaan kawalan subsidi.
4 -Pemberian Subsidi akan mengurangkan
keupayaan kerajaan untuk mengurangkan 'Defisit Negara'.
5 -Subsidi Minyak contohnya lebih menguntungkan
golongan kaya yang memiliki banyak kenderaan dan berkenderaan besar yg berenjin
Diesel. Berbanding golongan sederhana dan miskin yg hanya mempunyai sebuah
ataupon hanya motorsikal sahaja.ini Tidak mencapai kumpulan sasar serta "Objektif
Subsidi Minyak" yg di berikan oleh kerajaan.lebih baik sekiranya wang yang di
gunakan untuk subsidi ini di gunakan utk tujuan lain yang menguntungkan Rakyat Malaysia khasnya.
6 -Berlakunya pembaziran sumber dan ketidakcekapan pengunaan sumber akibat pemberian subsidi yang berterusan.Subsidi
mewujudkan rentetan pasaran kerana tidak mengambarkan nilai sebenar sesuatu
produk. Jika produk di perolehi dengan harga di bawah nilai sebenar pembaziran
atau pengunaan sumber yang tidak efisyen akan terus berlaku dan ia tidak
menyumbang kepada peningkatan produktiviti.
7 -Pemberian subsidi akan mewujudkan keadaan
dimana rakyat menjadi terlalu bergantung kepada kerajaan sepenuhnya tanpa ada
niat utk berdikari.Walaupun negara mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi
mentaliti masyarakat akan kekal pada tahap atau kelas ketiga.malah ia turut
melahirkan masyarakat prejudis yg akan mempersalahkan kerajaan apabila setiap
kali berlaku pengurangan subsidi contohnya minyak walhal harga minyak ditetapkan olah pasaran minyak dunia.dan di luar kawalan negara itu sendiri.
HARAP ANDA BOLEH FAHAM ........
CUBA ANDA FIKIR KALAU TIADA SUBSIDI
???
INGAT !!! SEMUA HARGA MINYAK DITETAPKAN OLEH
PASARAN !!!
RENUNG-RENUNGKAN.....
|
![]() ![]() |