KEBIADAPAN PKR
Wednesday, May 16, 2012 @ 9:07 PM | 0 Comment [s]
Hot!!! Susulan Sikap Biadap Semasa Pertabalan Agong : Pakatan Rakyat Bercadang Mengheret Rakyat Berhimpun Dihadapan Istana Negara Bagi Mengelak Penubuhan Suruhanjaya Diraja!!!Isu kebiadapan wakil rakyat pembangkang sudah sampai ke kemuncaknya apabila mereka mula berinteraksi terhadap cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat gelagat serta kelaku beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat seperti Azmin Ali, Dr. Mariah Mahmud dan Tian Chua ketika Majlis Pertabalan Yang Dipertuan Agong baru-baru ini.Melihat perkembangan tersebut, maka bermulalah spinning yang cuba dilakukan oleh para tentera suruhan dan pecacai Pakatan Rakyat. Di sebalik penafian yang cuba dilakukan oleh Dr. Mariah Mahmud, Azmin Ali dan Tian Chua terus berdiam seribu bahasa. Dr. Mariah yang cuba menegakkan benang basah, nampaknya tidak mampu menyangkal kenyataan beberapa orang saksi lagi, termasuklah Ahli Parlimen Hulu Selangor yang turut mengeluarkan kenyataan menyokong dakwaan terhadap geng Pakatan itu.Ada di kalangan mereka yang cuba menutup isu tersebut daripada terus dibincangkan dan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja dengan mengatakan, isu tersebut sengaja ditimbulkan untuk menutup isu TASK 13 yang membabitkan pengundi hantu yang dijuarai oleh Mahfuz Omar.Bagaimanapun, berdasarkan kepada banyak insiden yang lepas-lepas, sebarang kenyataan atau isu yang cuba ditimbulkan oleh Mahfuz Omar, tidak berkredibiliti dan langsung tidak layak untuk didalami, memandangkan Mahfuz Omar sendiri kurang faham dengan tutur katanya mahupun pemikirannya.Kemudian, alasan kedua ialah FITNAH UMNO!Konon-kononnya pegawai perubatan yang dikatakan bekas aktivis PAS yang kecewa, sengaja menfitnah para pemimpin Pakatan Rakyat bertujuan untuk mendapat tempat dan perhatian. Dipersoalkan pula mengapa tiada bukti, terutama sekali rakaman gambar dan audio agar lebih mudah dipersembahkan kepada raja-raja dan sultan-sultan agar selepas itu, pegawai perubatan berkenaan dapat pingat kebesaran.Agak aneh juga TEORI FITNAH yang dipopularkan oleh Pakatan Rakyat, terutama sekali daripada Anwar Ibrahim. Kalau bab kena kat batang hidung, cepat-cepat minta bukti audio dan video. Bila dah dibagi bukti audio mahupun video, akan kata pula itu adalah hoax tactic. Konon-kononnya yang ada dalam audio itu adalah suara Yusof Chong dan yang ada dalam video pula adalah pelakon yang telah ditampalkan menerusi teknik CGI.Sebenarnya Pakatan Rakyat tidak layak langsung meminta bukti, dalil mahupun nas. Kalau mereka sendiri mengamalkan fitnah berterusan terutama dalam banyak hal, termasuklah fitnah terhadap Najib, aset keselamatan negara, syarikat-syarikat negara, mahupun institusi awam tanpa sebarang fakta, dalil, bukti mahupun nas.Seharusnya mereka turut sama bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi membersihkan nama para pemimpin Pakatan Rakyat yang dikatakan telah difitnah oleh UMNO itu. Berbelit-belit seperti sekarang, sekadar mengesahkan bahawa ianya benar-benar berlaku dan Pakatan sedang ketakutan sehingga memaksa tentera-tentera upahan serta pecacai memutarbelitkan cerita berkenaan!!!Langkah drastik terakhir;Lantaran sudah tidak tertahan tekanan yang hebat ini, langkah terakhir ialah, pakatan pembangkang mula berura- ura untuk mengadakan dan mengheret rakyat kembali berhimpun membantah penubuhan Suruhanjaya Diraja ini pada 29 April 2012 yang akan datang di hadapan Istana Negara, Jalan Duta.
|
![]() ![]() |