PILIHANRAYA UMUM IRAQ - 25 TERKORBAN
Tuesday, March 9, 2010 @ 4:23 PM | 0 Comment [s]
![]() Lihatlah suasana Pilihanraya Umum Iraq, rakyat Iraq terpaksa keluar mengundi dalam keadaan sebegini yang begitu mengancam nyawa mereka. Namun atas nama rakyat Iraq, mereka telah sanggup keluar mengundi sebab mahu merubah keadaan teruk sejak Iraq diceroboh tentera Amerika Syarikat pada tahun 2003. Rakyat Malaysia amat bertuah berada di bumi Malaysia yang masih aman dan selamat walaupun ada musuh yang mencemburuinya dan cuba merosakkannya. Walaupun ditindas dan menghadapi tekanan, rakyat Iraq sanggup menyabung nyawa untuk hadir MENGUNDI walau dalam keadaan kedengaran letupan bom, meriam dan mortar yang hanya berapa ratus meter dari tempat mengundi..... Semangat itulah yang ada juga pada rakyat Malaysia yang faham erti keperitan hidup, yang akan mengundi apabila tiba masanya....sebagai tanggungjawab rakyat Malaysia....!! Tersilap pilih membawa PADAH.......Oleh itu, marilah bersyukur sebab nasib kita semua tidak seburuk mereka yang ditimpa bencana sebegitu...akibat kerakusan kuasa. Jangan lupa semak daftar mengundi dengan SPR melalui internet atau di Pejabat Pos...!!!! Masa depan jenerasi muda dan negara kita terletak di tangan anda !!!!
|
![]() ![]() |