<

//Malaysian Dream :D
HAJI MABRUR
Friday, March 19, 2010 @ 12:10 PM | 0 Comment [s]


Labbaika
Allahuma labbaik
Labbaika laa syariika laka labbaik
Innal hamda wan ni’mata
Laka wal mulk
Laa syariika laka
”Ya Allah, aku datang memenuhi panggilan-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu. Sesungguhnya pujian, kenikmatan, dan kerajaan adalah milik-Mu. Tak ada sekutu bagi-Mu.”

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 97, bermaksud “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun) dari sekelian makhluk.”

Pergi ke Mekkah dan Madinah bukan bertujuan untuk makan angin ataupun berbelanja membeli barang. Tujuan utama ialah untuk menyembah Allah s.w.t di samping menziariahi makam Rasulullah S.A.W dan para sahabat-sahabat nabi yang terletak di Masjid Nabawi di Madinah serta Masjid Kubah. Ziarah ke Masjid Kubah memberi ganjaran pahala umrah sunat. Lawatan ke Kiblatain atau masjid dua kiblat mengimbas kembali sejarah pertukaran arah kiblah dari Masjid Al-Aqsah di Palestin ke Majidil Haram di Mekkah.
Solat di Masjid Nabawi di Madinah mempunyai kelebihan kerana memberi gandaan pahala sebanyak 1,000 kali berbanding dengan solat di mana-mana masjid di bumi Allah yang lain.


Older Post | Newer Post

Hi and Assalamualaikum.Introduction? I'm a simple, loving and caring woman.I always follow my heart.i love peace not war. I hate to see people in trouble or being abuse by somebody else.