KASIHANILAH KANAK-KANAK
Monday, March 1, 2010 @ 12:28 PM | 1 Comment [s]
![]() ![]() Kenapa ada manusia yang sanggup mahu mendera anak-anak kecil mereka hingga kesedihan hati anak-anak kecil itu dilenyapkan terus dari muka bumi ini tanpa belas kasihan akibat perbuatan ibubapa sendiri.....? Apakah jenayah keganasan ini akan berterusan ? Segala kesalahan jenayah ini menunjukkan bahawa wajah-wajah comel, mangsa penderaan itu terpaksa menghadapi siksaan demi siksaan bukan kasih sayang dan perlindungan dari ibubapa.... Binatang yang tak berakalpun kasih dan sanggup melindungi anaknya dari ancaman....inikan manusia yang berakal dan berpendidikan.....Apakah nafsu lebih diutamakan....dan nilai kemanusiaan dilupakan....??? Al-Fatihah kepada roh-roh anak-anak mangsa penderaan....semoga mereka bergembira di Syurga. Bertaubatlah sesiapa yang mendera anak-anak mereka sebelum terlambat....Anak-anak adalah anugerah yang tidak ternilai....Lihatlah ramai lagi ibubapa yang tidak dikurniakan anak malah hampir gila sebab tiada anak....hingga sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan seorang anak. Anak-anak yang dilahirkan luar nikah juga berhak hidup, bukan diperdagangkan untuk mendapat wang dan kemewahan hidup.... Takutlah akan balasan di akhirat sebab hidup di dunia ini hanya sementara.... |
![]() ![]() |