<

//Malaysian Dream :D
KENAPA PASANGAN ANDA TIDAK MENDENGAR?
Friday, February 19, 2010 @ 12:37 PM | 0 Comment [s]


Bila anda atau pasangan anda sudah tidak berminat untuk mendengar, itu tandanya perkahwinan anda sedang bermasalah. Puncanya mungkin cara anda, atau pasangan anda bermasalah atau kedua-duanya:


CARA ANDA
1) Mungkin terlalu meleret-leret. Straight to the point!
2) Anda mungkin memonopoli. Beri peluang untuk Cik Abang pula bercakap.
3) Kalau anda selalu mengungkit atau berkata sesuatu yang menyakitkan hati, Cik Abang mungkin akan mudah ‘menutup telinga’ atau ‘defensive’. Jadi, jangan ulangi lagi.
4) Jangan bersyarah. Anda bukan peguam atau ustazah dalam rumahtangga!!
5) Mungkin anda selalu menggunakan ‘SELALU” atau “TAK PERNAH” dan yang sewaktu dengannya. Buang perkataan sebegini daripada kamus anda.
6) Masa anda mungkin tak betul. Mungkin dia tengah penat, sibuk, tengok tv atau depan computer. Beritahu pasangan anda yang anda nak berbicara & tanya masa tu sesuai ke tidak.
7) Cakap dalam nada yang positif & membina.
8) Anda pun mesti selalu mendengar kalau ingin didengari....



PASANGAN ANDA BERMASALAH
1) Mungkin dia tak berminat dengan topik yang anda sedang perkatakan.
2) Mungkin dia takut masa-masa bersendirian dengan anda.
3) Mungkin dia tak bersetuju dengan apa yang anda perkatakan & tak berminat mendengar cerita anda!
4) Mungkin dia rasa dia sudah tau apa yang anda sedang katakan. Ego lah tu...
5) Mungkin dia tengah fikirkan apa yang hendak dijawab.
6) Mungkin otaknya sudah tepu. Dah banyak benda sangat dalam kepalanya.
7) Cik Abang mungkin sedang menggunakan separuh otaknya untuk mendengar. ”Kajian di Amerika Syarikat mendapati yang lelaki mendengar dengan separuh otaknya sedangkan wanita menggunakan kedua-dua belah. Dr. Dr.Joseph T. Lurito berkata ini bukanlah membuktikan yang wanita adalah pendengar yang lebih baik tetapi wanita boleh mendengar 2 perbualan pada masa yang sama.
8) Mungkin dia rasa terancam dan dituduh. Jangan merajuk atau marah kalau dia tidak bersetuju dengan anda.
9) Mungkin ‘attention span’ atau jangkamasa perhatiannya pendek. Purata adalah 7 saat. Jadi, jangan cakap terlalu cepat & berhenti-henti semasa bercakap. Benarkan Cik Abang bertanya.
10) Mungkin terlalu banyak gangguan. Masuk bilik, kunci pintu atau tutup telefon terus!!




Older Post | Newer Post

Hi and Assalamualaikum.Introduction? I'm a simple, loving and caring woman.I always follow my heart.i love peace not war. I hate to see people in trouble or being abuse by somebody else.