Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN )
Monday, January 11, 2010 @ 12:07 PM | 0 Comment [s]
![]() Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2003 bukanlah merupakan kerahan tenaga seperti berlaku di negara-negara lain tetapi merupakan latihan membina semangat kesetiaan kepada negara yang meliputi ala tentera.
Idea PLKN ini timbul semasa sesi dialog di Majlis Kongres Patriotisme Negara pada 24 hingga 26 Oktober 2002. Ia adalah cadangan daripada Ybhg. Tan Sri Lee Lam Thye dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Yb Tuan Chan See Tam. Idea ini kemudiannya telah dibincangkan di dalam jawatankuasa Khas Kabinet untuk dijadikan kenyataan, dan pengerusi jawatankuasa tersebut ialah YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pengisian program ini mempunyai tiga komponen penting iaitu ; - menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri' - semangat cintakan negara ( Patriotisme ), dan - memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum PLKN ini bertujuan murni berdasarkan pengisiannya dan yang lebih penting ianya adalah sebahagian daripada ajaran Islam iaitu memupuk semangat cintakan tanah air. Manakala dakwaan bahawa patriotisme adalah fahaman sekularisme adalah tertolak dan bertentangan dengan kehendak-kehendak Al-Quran dan Hadis. |
![]() ![]() |