ARAK MEMBAWA BALA
Tuesday, January 5, 2010 @ 10:35 AM | 0 Comment [s]
![]() ![]() ![]() ![]() Sekretariat Pertubuhan Antarabangsa Kawalan Produk Malaysia, David Ong Chan Hor berkata, ia berdasarkan laporan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) sebelum ini. ''Individu yang minum arak terutama dalam kuantiti yang banyak akan mabuk dan dalam keadaan kurang normal, jadi apabila mereka memandu, risiko mereka terlibat kemalangan adalah tinggi. ''Dengan peratusan kemalangan yang tinggi ini, syarikat insurans akan menaikkan premium insurans kenderaan yang pastinya menyusahkan semua pemilik kenderaan,'' katanya di sini. Menurut David, selain terlibat kemalangan, pengambilan minuman beralkohol mengakibatkan keganasan rumah tangga. ''Berdasarkan maklumat Pertubuhan Bantuan Wanita di negara ini, pengaruh alkohol menyebabkan seseorang itu terutama suami melakukan keganasan terhadap pasangannya. ''Alkohol menyebabkan pemikiran individu tidak normal yang juga menyumbang kepada masalah penderaan terhadap anak," katanya. |
![]() ![]() |