<

//Malaysian Dream :D
PENDERAAN TERHADAP WANITA
Thursday, January 14, 2010 @ 10:30 AM | 0 Comment [s]

Penderaan ke atas wanita adalah salah satu bentuk keganasan, sementelah isteri yang didera suami pula dikategorikan sebagai satu bentuk keganasan rumahtangga.
Definisi penderaan bukan hanya dari luaran iaitu dari segi fizikal, tetapi termasuk juga emosi, mental, seksual dan ekonomi.
Dera fizikal amat mudah untuk dikesan tetapi berbeza dengan dera emosi yang kesannya hanya dialami oleh mangsa dera dan lebih parah jika si mangsa bersikap ‘pasrah’ dan merelakan. Dera fizikal biarpun ianya mudah untuk dibantu, tetapi sikap kebanyakan wanita atau sang isteri yang bersikap ‘tidak apa’ memberi kesan negatif bukan hanya kepada mangsa sebaliknya anak-anak yang melihat. Sikap suami yang bergelar ‘raja’ dalam rumahtangga membuat ia beranggapan boleh membuat apa sahaja KERANA si isteri yang bergelar ‘ratu’, perlu menurut perintah dan tidak menderhaka.Perkara penting di sini adalah persefahaman dalam perhubungan, kearah permuafakatan yang dapat menyelamatkan keadaan.

Sumber: Wanita Hari Ini 25hb June 2009
Panel Tetamu: Pakar Psikologi, Prof Madya Dr Mariani dan Atilia (artis)

Sumber: Wanita Hari Ini 25hb June 2009
Panel Tetamu: Pakar Psikologi, Prof Madya Dr Mariani dan Atilia (artis)


Older Post | Newer Post

Hi and Assalamualaikum.Introduction? I'm a simple, loving and caring woman.I always follow my heart.i love peace not war. I hate to see people in trouble or being abuse by somebody else.