OH NASI LEMAK........JALAN-JALAN CARI NASI LEMAK.........
Tuesday, January 12, 2010 @ 12:12 PM | 1 Comment [s]
![]() 1. Nasi Lemak City Garden. Tempat ini terletak di sebelah Kelab Sukan Sultan Sulaiman Kampung Baru. Pemandangan pada waktu malam di sini sungguh menarik berikutan ianya terletak di kawasan perkampungan Melayu yang di kelilingi oleh bangunan-bangunan pencakar langit. Semakin lewat malam semakin ramai pelanggan akan datang menikmati hidangan di sini. Hidangan sampingan di sini adalah ayam goreng, rendang, hati ayam, tempe goreng, sambal sotong, ayam masak merah dan macam-macam lagi sehinggakan terliur pengunjung melihatnya. Ianya dibuka dari pukul 6 petang hingga 5 pagi setiap hari. Rugi rasanya jika tidak mencuba nasi lemak di City Garden ini. 2. Nasi Lemak Tanglin. Tempat ini terkenal dengan nasi lemak dan ikan bakarnya. Di sini anda boleh menikmati hidangan nasi lemak pada waktu pagi dan ikan bakar pada sebelah tengahari. Ianya terletak di Jalan Cenderasari berdekatan dengan Taman Burung dan Taman Rama-rama Kuala Lumpur. Setiap pagi anda akan melihat pelanggan beratur panjang untuk menikmati hidangan ini. Pelbagai lauk-pauk disediakan untuk memenuhi selera pengunjung yang datang. Pelanggan tetapnya adalah pekerja-pekerja pejabat sekitar kawasan tersebut, namun ada juga yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menikmati hidangan ini. 3. Nasi Lemak Antarabangsa. Ianya terletak di Jalan Raja Muda Musa Kampung Baru. Tempat ini bukan sahaja terkenal dikalangan penduduk tempatan malah pelancong-pelancong dari dalam dan luar Negara. Pelbagai lauk-pauk disediakan di sini dan yang paling digemari adalah sambal sotong bersama hati dan paru goreng. Ianya dibuka setiap hari dari pukul 6 petang hingga 5 pagi. 4. Nasi Lemak Wak Manjor. Tempat ini juga terletak di Kampung Baru. Ianya antara warong yang terawal sekali di Kampung Baru ini. Pelbagai lauk-pauk juga disediakan dengan harga yang berpatutan.5. Nasi Lemak Rindu. Satu lagi nasi lemak yang terkenal adalah Nasi Lemak Rindu yang terletak di Kg Pantai Dalam. Ianya terkenal di kalangan penduduk sekitar Pantai Dalam. Untuk penggemar yang ingin mencuba Nasi Lemak Rindu ini anda boleh menikmatinya dengan harga yang berpatutan dan lokasinya juga senang dicari iaitu berdekatan dengan stesen komuter. Sebenarnya banyak lagi warung-warung Nasi Lemak yang sedap dan popular di sekitar Kuala Lumpur. Apa yang dipaparkan di sini hanyalah sebahagian sahaja. Warong-warong ini menyediakan pelbagai hidangan dan tarikan untuk menarik pengunjung datang ke sini. Namun terpulang kepada pengunjung untuk merasakan yang mana satu idaman kalbu. Anda perlu cuba dulu untuk mengetahui yang mana satu paling anda gemari. Selamat mencuba ! |
![]() ![]() |