<

//Malaysian Dream :D
KEINTIMAN SEMASA MENGANDUNG
Thursday, January 14, 2010 @ 11:04 AM | 0 Comment [s]

Episod ini memperjelaskan pandangan Pakar tentang dilema suami isteri dalam melakukan hubungan intim semasa mengandung. Masih ramai yang merasa fobia untuk melakukan keintiman kerana khuatirkan kesan hubungan seks yang dialami oleh si isteri. Definisi keintiman semasa mengandung bagi pasangan memerlukan persefahaman dan komunikasi kedua-dua pihak yang tidak hanya tertumpu kepada hubungan seks. Posisi yang sesuai dan selamat untuk ibu mengandung tetap bergantung kepada individu dan perlulah mengikut gaya ketimuran. Digalakkan juga untuk menggunakan 'bahan pelincir" ketika hamil. Komunikasi yang berkesan bersama pasangan digalakan agar memudahkan dan melancarkan proses hubungan intimasi.
Dr. Ismail Tambi menasihatkan, hubungan intim boleh dilakukan asalkan ia tidak mendatangkan mudarat dan ketidakselesaan di antara pasangan.Hubungan intimasi ketika hamil sangat bagus dilakukan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pasangan dan juga bersama anak. Pasangan boleh melakukan hubungan intimasi supaya menyenangkan proses bersalin/melahirkan. Jangan malu atau takut untuk berjumpa doktor untuk berbicara tentang hubungan intimasi bersama pasangan.
Sumber: Wanita Hari Ini 11-12hb Jun 2009Panel Tetamu: Dr Ismail Tambi dan artis undangan, Shasha Saidin dan suami.


Older Post | Newer Post

Hi and Assalamualaikum.Introduction? I'm a simple, loving and caring woman.I always follow my heart.i love peace not war. I hate to see people in trouble or being abuse by somebody else.