<

//Malaysian Dream :D
MELAYU HANYA ADA KUASA POLITIK
Tuesday, January 5, 2010 @ 11:59 AM | 0 Comment [s]

Hari ini orang Melayu hanya mempunyai kuasa POLITIK sahaja yang masih kuat , lain-lain bidang seperti ekonomi, pendidikan, dan lain-lain bidang kita ketinggalan jauh dengan bangsa lain . Apa akan terjadi sekiranya kuasa politik jugak tidak kuat dan bidang-bidang lain terus jauh ketinggalan dengan bangsa lain, bagaimana masa depan Bangsa Melayu dan Agama Islam ? Persoalan KUASA UNDI jangan kita ambil mudah dan tidak endah, jangan satu hari kelak anak-anak kita bertanya di hadapan kubur ibu-bapanya, Mengapa ayah-ibu tinggalkan kami dalam keadaan orang Melayu sudah tidak ada kuasa lagi , inilah ayah ibu , tidak endah sangat pasal daftar UNDI, kami terima akibatnya ?? kalau kita hari ini boleh daftar undi melalui SMS dengan jutaan ringgit untuk mengundi peserta AKADEMI FANTASIA , MALAYSIA IDOL dan lain-lain lagi , adakah tidak boleh untuk kita korbankan masa dan tenaga untuk pergi daftar pemilih sebagai pengundi yang jauh lebih penting untuk masa depan kita , anak-anak kita dan orang Melayu secara keseluruhannya .

Marilah kita tanamkan, pasakkan dalam minda kita , anak-anak kita, jiran kita , masyarakat kita dan orang Melayu betapa KUASA UNDI dan PERPADUAN ORANG MELAYU amat penting menentukan masa depan AGAMA, BANGSA DAN NEGARA KITA . Ingatlah , pejuang dan pemimpin Melayu dulu telah tinggalkan sesuatu yang berharga untuk kita semua iaitu KUASA MEMERINTAH yang telah mengubah segala-galanya selepas 52 tahun kemerdekaan. Terpulanglah kepada kita, bahaya atau tidak kuasa Melayu masa depan , kitalah yang menentukannya ?? KUASA UNDI melalui sebatang pen di tangan kita ...fikir, renung,dan tanyalah diri !!!.


Older Post | Newer Post

Hi and Assalamualaikum.Introduction? I'm a simple, loving and caring woman.I always follow my heart.i love peace not war. I hate to see people in trouble or being abuse by somebody else.