CINTA
Monday, January 11, 2010 @ 11:32 AM | 0 Comment [s]
![]() Bayangkan seseorang lelaki telah melafazkan kata-kata cinta kepada seseorang wanita. Tetapi apabila wanita itu menanyakan : " Bilakah hendak masuk meminang ? Lelaki tersebut cuba mengelak dengan alasan :" Tunggulah dulu, belum sampai seru, sibuk dan sebagainya ". Inilah bukti bahawa cinta si lelaki itu hanyalah di bibir, tetapi tidak diterjemahkan dalam bentuk tindakan.....
Begitu juga apabila rakyat Malaysia hanya melaungkan dan menyanyikan lagu " NegaraKu" atau " Keranamu Malaysia " Tetapi tidak bersungguh memajukan dan membangunkan negara. Oleh itu, guru mesti bersungguh mendidik anak murid, pegawai kerajaan mesti konsisten dengan kerjayanya, petani rajin pergi ke kebun dan sebagainya. Yang paling menyedihkan, ada di kalangan rakyat kita yang suka memburukkan imej negara kita di mata dunia, samada dengan menggunakan saluran internet dan sebagainya. Malah ada yang cuba memboikot ekonomi negara dengan menyeludup masuk ayam-ayam yang berpenyakit " Selsema Burung ". Apakah ini tanda cintakan negara ? Siapakah warganegara Malaysia bertuah yang berjiwa patriotisme ? Antara ciri-ciri seseorang yang berfahaman patriotisme ialah ada dalam jiwa mereka sikap menghormati pemimpin negara, bukan bermakna mendewakan pemimpin sebagaimana sesetengah golongan lakukan, sebab pemimpin tidak maksum, yang maksum adalah Nabi Muhammad SAW. |
![]() ![]() |