<

//Malaysian Dream :D
MASA DEPAN NEGARA BERMASYARAKAT MAJMUK
Tuesday, December 29, 2009 @ 12:14 PM | 0 Comment [s]

Sekitar 50an dan awal 60an lahir sekelompok sarjana sains sosial Barat yang bersikap pesimis terhadap masa depan negara bermasyarakat majmuk yang baru mencapai kemerdekaan ketika itu. Mereka melihat masalah perkauman menjadi cabaran kepada pembangunan politik negara terbabit. Usaha modenisasi untuk membina negara bangsa yang bersatu sering ‘menelurkan’ persaingan kaum menyebabkan pembentukan identifikasi berasaskan kaum yang jelas. Itulah rumusan teori pemodenan negara membangun bermasyarakat majmuk yang mereka bangunkan.
Di sekitar 70an pula lahir sarjana yang membawa pemikiran yang berbeza daripada aliran pemikiran kelompok sarjana di atas. Sarjana seperti Claude Ake (1967), Nardlinger (1972), Arend Lijphart (1977), Karl Von Varys (1975) dan Menom K.Morison (1983) melalui kajian mereka merumuskan bahawa konflik kaum dalam masyarakat majmuk boleh ditangani untuk mewujudkan kestabilan serta demokrasi politik yang sihat.
Mereka melihat identiti etnik tidak semestinya menjadi penghalang kepada pembinaan masyarakat yang bersatu padu, malah ia boleh menjadi pemangkin kepada kepada perubahan yang dinamik. Sarjana seperti Menom K.Morison (1983) melihat bahawa integrasi nasional, keadilan sosial dan kestabilan politik boleh menjadi kenyataan dalam sebuah negara bermasyarakat majmuk.
Jika kita menganalisis perkembangan politik dan masyarakat di negara kita, kedua-dua pandangan kelompok sarjana terbabit ada kebenarannya. Di peringkat awal kemerdekaan sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969, masyarakat kita sangat kuat dipengaruhi oleh perasaan perkauman.Ketika itu belum wujud lagi dasar yang jelas terhadap integasi nasional. Selepas berlakunya peristiwa hitam itu maka bermulalah ‘pembinaan sosial’ ke arah pembentukan masyarakat yang bersatu padu melalui dasar integrasi nasional bermula
.


Older Post | Newer Post

Hi and Assalamualaikum.Introduction? I'm a simple, loving and caring woman.I always follow my heart.i love peace not war. I hate to see people in trouble or being abuse by somebody else.