GLOBALISASI
Monday, December 28, 2009 @ 1:09 PM | 0 Comment [s]
![]() ![]() ![]() Untuk mencapai sasaran itu, prinsip urus tadbir berasaskan Cekap, Akauntabiliti dan Telus berteraskan integriti dalam setiap asas pengurusan menjadi pemangkin. Integriti bukan sahaja bersangkutan dengan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa semata-mata, malah terdapat banyak lagi ketidakcekapan, penipuan, masalah sosial, kesetiaan dan perlakuan tidak beretika yang merupakan penyumbang terhadap kemerosotan integriti itu sendiri. Ketiadaan integriti juga boleh menyebabkan kerugian yang amat besar, bermula dari sesebuah organisasi yang menyebabkan kemerosotan kualiti warga kerjanya. Sesuai dengan itu sikap IKHLAS bertujuan membentuk jati diri setiap kakitangan awam dalam usaha memperkukuhkan peningkatan kualiti modal insan. Ia juga mempraktikkan sifat-sifat yang terdapat dalam IKHLAS untuk menampilkan kakitangan perkhidmatan awam yang berintegriti dan berpekerti mulia. Kempen IKHLAS iaitu singkatan Integriti, Ketelusan, Harmoni, Luhur, Amanah dan Setia diperkenalkan dengan objektif untuk mengukuhkan pemahaman orang ramai terhadap integriti para penjawat awam. |
![]() ![]() |