<

//Malaysian Dream :D
NASI AYAM DOT MAI
Monday, December 28, 2009 @ 1:32 PM | 0 Comment [s]


Makan-makan: Nasi ayam Dot Mai

NASI Ayam Periuk Besar
yang terkenal di utara Semenanjung Malaysia mempunyai peminatnya tersendiri. Sejak 15 tahun lalu, ia cukup popular dan menjadi sebutan. Melihat potensi besar Nasi Ayam Periuk Besar, Monrods Sdn Bhd memulakan usaha bersama memodenkan premis dan penambahbaikan menu bagi menjadikan ia perniagaan francais.
Perkataan Monrods hasil gabungan nama panggilan rakan kongsi, Rosli Rashid dan Roslan Zainol yang juga ahli lembaga pengarah urusan Monrods. Simon dan Rod ialah nama panggilan mereka ketika menuntut di Sekolah Menengah Teknik Alor Star. Rosli bertindak sebagai pengarah eksekutif manakala Roslan sebagai pengarah urusan. Idea membawa Nasi Ayam Periuk Besar ke dalam Monrods Kitchen datang dari pengarah syarikat yang juga pengurus cawangan Monrods Bayan Baru, Azlan Redzuan.Bermula restoran pertama Monrods Nasi Ayam Periuk Besar di D’Piazza Mall Bayan Baru, Pulau Pinang, 1 Jun lalu, perniagaan diperluaskan ke Kelana Mall, Kelana Jaya, 5 Ogos lalu, diikuti Komtar Walk, Pulau Pinang, hari ini (1 November) dan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, pada 16 Disember. Dalam tempoh enam bulan, Monrods mempunyai empat cawangan selepas melihat potensi nasi ayam itu sendiri yang menerima sambutan menggalakkan.Tarikan Monrod ialah menjamu selera di premis yang santai dan selesa dengan harga berpatutan. Menu paling mahal ialah RM10.90.Menurut Roslan, selain nasi ayam sebagai menu utama, makanan barat adalah menu terkini manakala menu masakan kampung akan dipromosikan tidak lama lagi.“Monrods membeli lesen daripada Nasi Ayam Periuk Besar iaitu membeli semua rempah dan cara memasak daripada restoran itu. Kami mensasarkan 10 cawangan francais baru dan yakin matlamat itu akan menjadi kenyataan selari dengan slogan perniagaan kami, ‘Kelainan jadi sebutan.’ Penambahbaikan Nasi Ayam Periuk Besar dilakukan tanpa mengubah keasliannya.“Terdapat tiga jenis nasi ayam iaitu Nasi Ayam Dot Mai, nasi ayam panggang dan nasi ayam madu. Bagaimanapun, Monrods tidak boleh bergantung kepada nasi ayam semata-mata. Kami diberi kebebasan mencipta menu baru,” katanya.Nasi Ayam Dot Mai berwarna merah hasil campuran tomato puri dengan rempah asal dari pemilik Nasi Ayam Periuk Besar. Ia dihidang dengan sambal cili dan sambal asam, salad dan sup. Untuk nasi ayam panggang, ayam diperap dengan rempah pedas manakala nasi ayam madu berwarna kekuningan dan diperap dengan rempah madu.“Antara menu istimewa di Monrods ialah ‘Monrods Special Club Sandwich.’ Ia dicipta oleh chef Monrods, Md Rizal Mohamad, lulusan pengurusan kulinari Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai tarikan. Isi ayam disalut serbuk roti, dilapisi salad, keju, sos lada hitam, hirisan timun dan tomato,” katanya.Lamb Chop yang menggunakan potongan bahu biri-biri turut digemari pelanggan kerana kuah sosnya yang mempunyai rasa unik.Sementara itu, masakan kampung yang akan diperkenalkan ialah ubi rebus cicah kelapa parut, bawal goreng, ayam kampung goreng, itik goreng dan tilapia goreng.Antara minuman istimewa di Monrods ialah Monrods Iced Blended iaitu campuran biskut Oreo, Milo, susu segar dan susu pekat. Blue Curaco pula ialah campuran ais dan soda serta sedikit lemon.

Nasi Ayam Dot Mai

Bahan: (hidangan untuk 50 orang)

1) 5,000 gram beras.

2) 300 gram rempah nasi ayam.

3) 300 gram minyak.

4) 300 gram marjerin.

5) 10 gram kulit kayu manis.

6) 5 gram bunga cengkih.

7) 5 gram bunga lawang.

8) 430 gram tomato puri.

9) 6,000 gram air rebusan ayam.

10) 20 gram garam.

11) 15 gram bahan perasa.

12) 100 gram gula.

13) 50 gram serbuk pati ayam.

Cara penyediaan:

Basuh beras dan rendam selama tujuh hingga 10 minit, kemudian toskan.Panaskan periuk. Tumis marjerin, rempah nasi ayam, minyak, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacau sehingga naik bau. Kemudian tambahkan tomato puri. Tumis hingga pecah minyak. Tuangkan air rebusan ayam. Tunggu hingga mendidih. Masukkan garam, bahan perasa dan serbuk pati ayam. Tuangkan beras dan dikacau rata. Biarkan sehingga agak kering. Tutup periuk. Setiap tiga minit pastikan beras dikacau sehingga beras masak.Tabur gula di atas nasi. Tunggu sehingga lima minit dan gaul. Sedia untuk dihidang.


MAKANAN dan HARGA Nasi Ayam Dot Mai -

- RM6.90/Nasi Ayam Madu

- RM6.90/Nasi Ayam Panggang

- RM6.90/Sup kuetiau

- RM14.90/Lamb Chop

- RM8.90/Monrods Special Club Sandwich

- RM5.30/HARGA MINUMAN Jus buah

- RM7.90/Monrods Ice Blended

- RM4.90/Blue Curaco,BLUEBERRY,ORANGE, APPLE, STRAWBERRY ( SODA CARBONATE )

ALAMAT:- 31-1 (Tingkat bawah) Kelana Mall, Jalan SS6/12, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
Telefon :- 03-78804300.
Emel:- monrods_kitchen @yahoo.com.my


Older Post | Newer Post

Hi and Assalamualaikum.Introduction? I'm a simple, loving and caring woman.I always follow my heart.i love peace not war. I hate to see people in trouble or being abuse by somebody else.