<

//Malaysian Dream :D
KRISIS EKONOMI GLOBAL
Wednesday, December 30, 2009 @ 10:49 AM | 0 Comment [s]


KRISIS ekonomi global yang berpunca daripada krisis kewangan Amerika Syarikat (AS) dijangka semakin tenat pada tahun 2009. AS kini berdepan keruntuhan sistem kewangan bernilai AS$3 trilion (RM10.5 trilion), beban defisit sebanyak AS$290 bilion (RM1,015 bilion) dan hutang domestik sekitar AS$10 trilion (RM35 trilion). Semua beban ini dipikul Barack Obama apabila beliau menduduki kerusi Presiden AS pada Januari 2009. AS adalah lokomotif perekonomian dan sistem kewangan dunia. Dari negara inilah bangkitnya pelbagai syarikat gergasi termasuk gergasi kewangan yang menguasai dunia. Nilai dolarnya mempengaruhi pasaran antarabangsa. Justeru, krisis ekonomi yang dialaminya memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan sistem kewangan dunia. Negara kita tidak terkecuali daripada menerima kesan krisis ekonomi global. Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun 2009 dijangka 3.5 peratus berbanding tahun 2008 adalah 5.4 peratus. Walaupun pelabur asing masih menunjuk minat untuk melabur, kerajaan perlu mempunyai pelan komprehensif mengawal pengaliran keluar pelaburan langsung asing (FDI), di samping menarik lebih banyak pelabur ke negara ini.


Older Post | Newer Post

Hi and Assalamualaikum.Introduction? I'm a simple, loving and caring woman.I always follow my heart.i love peace not war. I hate to see people in trouble or being abuse by somebody else.