<

//Malaysian Dream :D
KEJATUHAN DOLAR AMERIKA PENGARUHI EKONOMI GLOBAL
Wednesday, December 30, 2009 @ 11:06 AM | 0 Comment [s]






Penganalisis ekonomi melihat pertumbuhan ekonomi global dijangka berada pada tahap sederhana tahun ini. Namun, pertumbuhan ekonomi dunia mungkin menjadi lebih lembab sekiranya krisis makanan dunia terus berpanjangan. Kenaikan harga minyak dunia yang tidak menentu juga akan memburukkan lagi keadaan.
Beberapa gergasi ekonomi di Asia seperti China dan India telah menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan ekonomi yang menurun. Jika pada tahun lalu kadar pertumbuan ekonomi China, India dan Rusia tumbuh pada 5.5 peratus tetapi ia dijangka menurun pada kadar 5.0 hingga 5.2 peratus bagi tahun ini. Ekonomi Malaysia juga dijangka berkembang pada kadar yang sama.

Yang jelas, ketidaktentuan ekonomi global adalah hakikat yang sedang melanda dunia hari ini.
Kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kenaikan harga komoditi, krisis makanan dunia, ketegangan hubungan Iran-Amerika dan pergolakan yang berterusan di rantau Timur Tengah, khususnya di Iraq dan Palestine, termasuk pergolakan yang berlaku di beberapa negara benua Afrika adalah di antara faktor yang mempengaruhi perkembangan ekonomi global.

Satu lagi faktor penting yang kuat mempengaruhi kelembapan ekonomi dunia ialah kejatuhan dolar Amerika. Dolar Amerika dilihat mengalami penurunan secara tidak terkawal sehingga mempengaruhi sistem kewangan global. Nilai Euro dan Yen turut mengalami sedikit kegoncangan sehingga memaksa negara-negara Eropah dan Jepun campurtangan dalam pasaran kewangan bagi mempertahankan nilai dolar dari terus menurun.

Kebimbangan mula melanda dunia tentang kemungkinan krisis ekonomi seperti yang pernah berlaku satu ketika dahulu akan berulang dalam tempoh setahun dua lagi. Kebimbangan ini telah disuarakan oleh Professor Paul Krugman, pakar ekonomi. Bezanya, krisis kali ini dikaikan dengan dengan kejatuhan dolar AS yang setakat ini dilihat tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
Kadar inflasi yang meningkat akan menjadi sebahagian dari kesan kejatuhan dolar. Tekanan inflasi ini mula dirasai oleh kebanyakan negara di dunia dan ini sekali gus mengancam ekonomi domestik terutamanya bagi negara-negara yang mengikat mata wang mereka dengan dolar.
Tekanan inflasi telah pun dirasai oleh beberapa negara teluk seperti Kuwait. Negara- negara Asia dan Asia Pasifik juga diramalkan akan mengalami inflasi makanan berikutan permintaan bekalan makanan yang tinggi.Ini adalah kerana pengeluar-pengeluar makanan dunia yang menggunakan dolar AS terpaksa menaikkan harga bagi mengelakkan sebarang bentuk kerugian.
Penganalisis meramalkan kuasa dolar akan berakhir. Tanda-tandanya telah pun bermula sejak tahun 2002 apabila dolar jatuh sebanyak 40 peratus. Negara-negara yang masih menjadikan AS sebagai rakan dagangan yang utama merasai akibatnya. Colombia misalnya adalah di antara negara yang paling terkesan dengan kejatuhan dolar sehingga memaksa kerajaannya melaksanakan kawalam matawang dan cukai ke atas setiap mata wang dolar yang masuk sejak Mei 2007. India, Thailand dan Korea Selatan juga turut merasai kesannya.

Malaysia telah mengambil langkah awal memisahkan diri dari mengikat mata wang negara dengan dolar AS. Langkah ini telah pula dilaksanakan pada tahun 2005 dan ia merupakan langkah yang bijak untuk pertumbuhan ekonomi negara. Bagi negara-negara yang terus mengikat matawang mereka dengan dolar AS telah menyebabkan negara-negara berkenaan merasai tekanannya, terutamanya tekanan inflasi kerana mata wang mereka terpaksa mengikut arah pergerakan dolar.

Inilah yang sedang dirasai oleh kebanyakan negara Teluk seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu UAE, Kuwait, Bahrin dan Syiria. Walupun harga minyak meningkat di pasaran antarabangsa namun negara-negara ini tetap mengalami penurunan mata wang. Mereka juga terpaksa membelanjakan peruntukan yang tinggi bagi mengimport barang makanan dari negara pengeluar.

Walaupun Malaysia tidak lagi mengikat ringgit dengan dolar tetapi negara tetap merima tempiasnya. Ini adalah kerana kuasa pasaran dunia masih kuat bergantung dan dipengaruhi oleh dolar. Oleh kerana kita masih mempunyai hubungan dagangan yang besar dengan AS maka kesannya tidak dapat dielakkan.

Untuk mengelak negara dari terus bergantung dagangan dengan AS, kerajaan telah berusaha mempertingkatkan hubungan dagangan dengan negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), China, India dan di kalangan negara serantau (ASEAN). Berbanding tahun 2005, jumlah dagangan kita dengan OIC telah meningkat kepada RM79.5 bilion pada tahun 2006 , iaitu kenaikan sebanyak 20 peratus dari tahun sebelumnya.

Kepentingan hubungan dagangan bilateral Malaysia-China pula menunjukkan bagi tempoh 1998 hingga 2004 pelaburan China di Malaysia mencecah RM3.38 bilion. Bagi tempoh 2000 hingga 2005 jumlah perdagangan China-Malaysia, secara purata tahunan tumbuh kira-kira 31 peratus. Dagangan bilateral Malaysia-China untuk tahun 2006 berjumlah AS$27.5 billion. Ia adalah kenaikan 22.4 peratus berbanding tahun
2005 (AS$22.5 bilion).

Bagi tempoh enam bulan 2006, eksport China ke Malaysia meningkat 31 peratus, sementara import dari Malaysia meningkat sekitar 15 peratus. Malaysia menjangkakan pada tahun 2010 nilai perdagangan bilateral dengan China akan mencecah
AS$50 bilion.

Sementara itu, dalam tahun yang sama nilai pelaburan China di Malaysia ialah AS$156 juta. Cina juga telah meluluskan beberapa projek yang mempunyai kepentingan bersama, khususnya dalam sektor pembuatan seperti produk Elektrik dan Elekronin (E&E), kayu dan produk kayu serta peralatan pengangkutan. Ia membabitkan nilai pelaburan sebanyak
AS$36.5 juta.

Langkah kerajaan untuk membangunkan wilayah pembangunan ekonomi menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) seperti pembangunan Iskandar, NCER, ECER serta wilayah pembangunan di Sabah dan Sarawak adalah juga bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi domestik di samping menarik pelaburan asing (FDI) ke negara ini.


Older Post | Newer Post

Hi and Assalamualaikum.Introduction? I'm a simple, loving and caring woman.I always follow my heart.i love peace not war. I hate to see people in trouble or being abuse by somebody else.