<

//Malaysian Dream :D
HUKUMAN DAN PENALTI BAGI PEMINUM ARAK
Tuesday, December 29, 2009 @ 12:36 PM | 0 Comment [s]

Para ulama fekah bersependapat menyatakan bahawa hukuman bagi orang yang minum arak ialah dirotan. Namun para ulama berbeza pendapat tentang kadarnya. Ada yang mengatakan bahawa hukumannya ialah sebanyak lapan puluh kali rotan. Ini adalah pendapat Imam Malik, Abu Hanifah dan satu riwayat daripada Imam Ahmad. Manakala Imam Syafie dan satu pendapat daripada Imam Ahmad mengatakan bahawa hukuman bagi kesalahan tersebut ialah sebanyak empat puluh kali rotan. Walaupun demikian boleh juga pesalah itu dikenakan rotan sebanyak lapan puluh kali jika pada pendapat pemerintah pesalah itu patut dirotan sebanyak tersebut. Jadi hukuman hadnya ialah empat puluh kali, manakala yang selebihnya adalah dianggap sebagai hukuman ta'zir. Punca perselisihan di kalangan mereka ialah disebabkan kerana hukuman bagi kesalahan had minum arak tidak diterangkan secara jelas di dalam al-Quran dan juga hadis-hadis dan athar (pendapat) para sahabat. Sesungguhnya dalam al-Quran ada disebutkan tentang pengharaman arak tetapi tidak menetapkan hukuman had kepada peminum-peminum arak. Begitu juga Nabi Muhammad tidak menetapkan kadar yang tertentu. Ada kalanya baginda merotan pesalah tersebut hanya beberapa kali sebatan, tetapi tidak melebihi daripada empat puluh kali sebatan. Kemudian Sayidina Abu Bakar pula menghukum peminum-peminum arak sebanyak empat puluh kali sebatan. Diriwayatkan daripada Ibn Said al-Khudri dan Ali bahawa Nabi Muhammad menghukum orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebatan. Apabila tiba pada zaman Sayidina Umar, maka beliau meminta nasihat daripada para sahabat lalu Abdul Rahman bin Auf berkata (maksudnya): Seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebat, kemudian Umar pun menetapkan hukuman itu sebanyak 80 kali dan para sahabat semuanya setuju dengan Umar yang mengambil pendapat Abdul Rahman sebagai satu ijmak.
Peruntukan tentang hukuman minum arak telah dikanunkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di setiap negeri di Malaysia. Dari sudut pentadbiran undang-undang bagi kesalahan minum dan menjual arak terdapat dua insitusi seperti jabatan agama Islam negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Berdasarkan kepada peruntukan yang terkandung dalam enakmen negeri masing-masing, jabatan agama Islam negeri hanya mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam yang meminum arak dan minuman lain yang memabukkan, sama ada minum di mana-mana kedai atau di tempat awam, atau menjual, menawarkan jualan, atau mempamerkan sesuatu yang berkaitan dengan arak, menyimpan dan juga membeli adalah menjadi satu kesalahan.


Older Post | Newer Post

Hi and Assalamualaikum.Introduction? I'm a simple, loving and caring woman.I always follow my heart.i love peace not war. I hate to see people in trouble or being abuse by somebody else.