PENGERTIAN IBADAH
Wednesday, December 30, 2009 @ 10:04 AM | 0 Comment [s]
![]() ![]() ![]() Benarlah apa yang dikatakan oleh Al-Imam Ibnu Katsir bahawa; "Ibadah itu ialah suatu pengertian yang mengumpulkan kesempurnaan cinta, tunduk dan takut hanya kepada Allah". Akidah Islam perlu dijaga sepanjang zaman. Dalam konteks ini, Majlis Fatwa Kebangsaan mempunyai tanggungjawab yang releven untuk mengeluarkan fatwa berkaitan amalan yang menjadi isu di kalangan umat Islam, terutamanya isu yang tidak mempunyai nas yang jelas. Majlis Fatwa akan menjadi lebih berwibawa dan dihormati apabila institusi ini benar-benar dijadikan tempat sandaran umat Islam untuk mengetahui sesuatu amalan yang bersifat kabur atau tidak mempunyai nas yang nyata. Selaku umat Islam, kita hendaklah menerima fatwa itu sebagai sesuatu yang wajar dijadikan panduan dan pedoman hidup. Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan fatwa yang dihasilkan adalah berwibawa dan bertepatan dengan hukum hakam Islam. |
![]() ![]() |