<

//Malaysian Dream :D
EMAS - SATU PELABURAN
Monday, December 28, 2009 @ 12:33 PM | 0 Comment [s]




Emas merupakan sejenis logam yang sangat bernilai dan mampu menyimpan nilai dan dijadikan ukuran kepada nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan.
Emas mampu memberi nilai kepada sesuatu barangan dan mampu menyimpan nilai tersebut tampa di pengaruhi oleh kadar inflasi seperti mata wang yang diperdagangkan di pasaran terbuka.
Semenjak zaman ketamadunan manusia bermula emas telah dianggap sebagai harta yang melambangkan status, kuasa dan kemuliaan seseorang. Semenjak dari itu, emas menjadi rebutan dan barangan yang sangat berharga. Selepas mata wang kertas dan syiling diperkenalkan, fungsi emas telah dilupakan.
Pada masa ini, emas dianggap sebagai aset yang sangat berharga dan lebih berharga dari mata wang Dollar yang sebelum ini sangat tinggi permintaannya. Setelah kenaikan harga minyak mentah dipasaran antarabangsa melebihi USD 100; yang disebabkan penurunan nilai Dollar dan kelemahan permintaan terhadap dollar; telah menjadikan emas sebagai alternatif terbaik kepada pelabur untuk digunakan sebagai pengukur nilai kepada sesuatu barangan dan juga perkhidmatan.
Oleh itu, masyarakat perlu kembali kepada penggunaan emas jika mereka mahu aset mereka tidak kehilangan nilai.


Older Post | Newer Post

Hi and Assalamualaikum.Introduction? I'm a simple, loving and caring woman.I always follow my heart.i love peace not war. I hate to see people in trouble or being abuse by somebody else.