PEMBIAYAAN PENGUSAHA KECIL SEDERHANA
Wednesday, December 30, 2009 @ 10:39 AM | 0 Comment [s]
![]() ![]() ![]() Sebelum ini, terdapat 79 dana pinjaman dan geran PKS berjumlah RM8.8 bilion yang dikendalikan oleh pelbagai agensi. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM350 juta kepada SME Corp. Jelasnya, sebanyak RM200 juta akan diperuntukkan untuk skim pinjaman mudah PKS manakala RM100 juta lagi untuk skim peningkatan dan keupayaan PKS serta bakinya untuk program penjenamaan dan promosi PKS. “Kadar faedah bagi pinjaman mudah yang ditawarkan oleh SME Corp. akan diselaraskan supaya sama dengan kadar yang dikenakan oleh institusi kewangan pembangunan,’’ katanya. Selain itu, tambah Najib, demi memastikan dana ini disalurkan dengan cepat dan mudah, kerajaan memutuskan bahawa institusi kewangan hendaklah meluluskan pembiayaan mikro dalam purata enam hari, manakala tempoh pengeluarannya pula dalam purata empat hari sahaja. Ini kerana menurut Najib, kerajaan telah menerima maklum balas dan sedar tentang rungutan ramai berkaitan betapa sukar untuk mendapatkan pinjaman seperti ini. Kerajaan juga memperuntukkan RM538 juta bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan PKS. Ini termasuk peruntukan sebanyak RM281 juta kepada perbadanan negeri manakala peruntukan sebanyak RM200 juta kepada Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). Jelasnya, ini termasuk RM20 juta disediakan kepada usahawan kecil kaum India yang merupakan tambahan kepada peruntukan sedia ada bernilai RM15 juta. “Untuk meningkatkan kecekapan pengurusan TEKUN, proses pembiayaan dan bayaran balik pinjaman akan distruktur semula supaya lebih berkesan dan hasilnya boleh dinikmati oleh lebih ramai usahawan kecil. “Peruntukan RM57 juta untuk pembelian ruang niaga, penyediaan infrastruktur luar kawasan perindustrian dan skim kilang bimbingan menerusi SME Bank,’’ ujarnya. |
![]() ![]() |