HAK DAN KEDUDUKAN KAUM LELAKI DAN PEREMPUAN
Monday, December 28, 2009 @ 1:28 PM | 0 Comment [s]
![]() ![]() Bagaimanapun, kejahilan umat sendiri terhadap hak dan kedudukan yang diberikan agama fitrah kepada wanita menyebabkan mereka sentiasa merasai diri terpinggir dan dipinggirkan. Apa lagi dengan sikap lelaki yang tidak sensitif, melupakan tanggungjawab asas yang hakiki ke atas wanita dan kurang prihatin terhadap naluri wanita meskipun mereka memerlukan kaum Hawa dalam kehidupan seharian. Ini ditegaskan Allah SWT dalam firman-Nya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka... (an-Nisaa’: 34). Namun, sejauhmana keadilan dan hak pembelaan terhadap wanita dapat ditangani, sama ada melalui syariat agama dan undang-undang yang direkacipta bagi disesuaikan dengan kemaslahatan semasa masih menjadi persoalan. |
![]() ![]() |